Thursday, 29 March 2012

Aku redha.

Aku pasrah dengan ketentuan ini...
Setelah sekian lama mengabdikan diri, inilah balasan yang ak dapat. 
Mengapa ini yang ak terima? Dimana keadilan untuk diriku? Adakah semua ini salahku? Semua ini berpunca dariku? Apakah ak penyebab segala masalah ?
Ak tanya diri ak. Ak telah lama berusaha, telah lama memendam rasa. 
Tidak dapat ak menyuarakan apa yang aku rasa selama ini? 
Salahkah aku ? Tidak berhakkah ak ? 
Apa, tidak fahamkah mereka? Dimana pertimbangan mereka sebagai orang yang ak harapkan. Ak kesal, hanya kerana satu perkara yang bukanlah 100% salahku, ak dianiaya. Ak dimarahi. Ak dihujani dengan soalan bertubi tubi seolah olah ak melakukan satu dosa yang amat besar! Ak dilabelkan sebagai seorang yang merosakkan segala galanya. Kenapa?
Didepan screen komputer ini, perasaan ak bercampur baur. Sedih, terkilan. 
Entah apa yang ak rasa, ak sendiri pun tak tahu. Ak hilang segala konsentrasi. Terbayang bayang kejadian yang berlaku sebentar tadi seolah olah ak mengalami mimpi ngeri.
Ak kenangkan Dia ak tahan segala perasaan dihati. 
Ak harus bersabar jika ini ujian untukku. Ak REDHA.